Objectives

Pelan Strategik PTNJ 2012 - 2016

  • Mempelbagaikan usaha memulihara dan memelihara kepelbagaian biodiversiti alam semula jadi.
  • Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan hasil dan kajian.
  • Meningkatkan usaha -usaha pendidikan alam untuk kesedaran awam.
  • Memajukan eko-peancongan ke peringkat antarabangsa.
  • Memantapkan sistem pengurusan yang cemerlang.

Nilai - Nilai Bersama

INTEGRITI

Berkhidmat dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap terhadap kualiti ouput yang dihasilkan berasas ekita kerja cermerlang dan tingkah laku yang amanah.

BERDAYA SAING

Mempunyai semangat yang tinggi dalam melaksanakan segala tugasan dan tindakan untuk memajukan organisasi dan meningkatan reputasi organisasi ke peringkat yang Iebih tinngi di mata dunia.

KOMITED

Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab demi memastikan sumber biodiversiti terus terpelihara.

BERDISIPLIN

Sentiasa rnengawal diri dan perilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai-nilai murni. Melaksanakan tugas dan tanggunjawab dengan tekun dan taat, tanpa penyeliaan yang rapi dan sentiasa menjaga imej diri, organisasi perkhidmatan dan negara dikaca mata masyarakat.

TELUS

Sentiasa bersikap positif dan terbuka dengan mewujudkan prosedur kerja dan melaksanakan tindakan yang telus, sempurna serta menyelesaikan kerja mengikut masa yang ditetapkan. Berusaha memaklumkan maklumat, tindakan dan keputusan yang telah diambil kepada pihak yang berhak selagi perkara itu tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.

BEKERJASAMA

Menjalankan tugas secara kolektif dan saling membantu antara satu sama lain.

PROFESIONAL

Bertindak dengan penuh komitmen dengan memanfaatkan kompetensi dan kepakaran speksifik apabila mencadangkan penyelesaian dan penambahbaikan bagi setiap masalah serta berusaha meningkat ilmu dan kemahiran dalam pemuliharaan dan pengurusan sumber biodiversiti

RESPONSIF

Peka dan prihatin kepada kehendak dan keperluan pelanggan dan stakeholders.

MESRA ALAM

Cara berfikir, bertindak dan menyelesaikan masalah mengutamakan nilai, kaedah dan kesan terbaik bagi alam sekitar dan manusia sejagat.