Foreword

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam 1Malaysia dan Salam Muafakat Johor.

Bersyukur saya kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya pihak Perbadanan Taman Negara Johor telah berjaya membangunkan laman Portalnya tersendiri yang dikenali sebagai Taman Negara Johor. Syabas dan tahniah saya ucapkan!

Pembangunan Portal Taman Negara Johor ini merupakan satu lagi inisiatif pihak PTNJ dalam mempromosikan usaha-usaha murni terhadap pemuliharaan alam semulajadi agar masyarakat sedar tentang pentingnya kepelbagaian diversiti di muka bumi ini.

Peranan dan fungsi PTNJ dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan Pihak Berkuasa Negeri Johor dapat dipaparkan agar ianya diketahui umum. Di samping itu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan akan memudahkan kepada orang ramai khususnya pencinta alam semulajadi untuk mendapatkan maklumat dan persediaan awal sebelum mengadakan kunjungan ke Taman Negara Johor. Saintis dan para penyelidik juga akan turut mendapatkan kebaikan serta manfaat daripada Portal PTNJ ini di mana mereka dapat mendapatkan data, laporan serta terbitan karya berkenaan kepelbagaian yang ada di Taman Negara Johor.

Harapan saya, marilah kita sama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah yang telah disatukan dalam bentuk teknologi terkini ini agar ianya dapat dimanfaat secara bersama.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmat-Nya.

Matlamat utama pembangunan Portal Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) adalah berusaha ke arah mencipta satu imej eksklusif agar kewujudannya dapat diketahui umum sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung ke sini. Portal PTNJ ini merupakan satu platform bagi tujuan mempromosikan kesemua Taman Negara Johor danTapak Ramsar dengan memaparkan keindahan dan keunikannya.

Selain itu, ia menyediakan kemudahan dan akses yang mesra pelanggan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Dengan penyediaan maklumat yang lengkap, diharapkan segala informasi yang diperlukan termasuk maklumat kemudahsampaian, pakej, perkhidmatan dan sebagainya dapat dimanfaatkan oleh semua pelayar Portal ini.

Pihak PTNJ mensasarkan lebih ramai para penyelidik dan saintis dunia dengan adanya Portal PTNJ ini dalam meneroka khazanah serta kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Taman Negara Johor.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pembangunan Portal PTNJ ini.

Sekian, terima kasih.

Pengurus Pembangunan & Perancangan Strategik Merangkap Pengurusi Jawatankuasa Plan Perancangan Strategik 2012-2016)

Pelan perancangan strategik merupakan satu hala tuju yang bakal memandu warga kerja sesebuah organisasi ke arah budaya kerja yang lebih berkualiti dan berdaya saing selaras dengan perkhidmatan PTNJ yang disediakan. Pelan ini juga bakal menyediakan warga kerja PTNJ untuk berfikiran kreatif ‘think out of the box’ dan tidak terbatas kepada perkhidmatan sedia ada sahaja. Dalam merangka pelan pengurusan strategik penekanan perlu diterapkan terhadap hala tuju dan rangka kerja, khususnya dalam merancang dan membangunkan program-program baru di bawah pentadbiran dan seliaan PTNJ bagi tempoh lima tahun akan datang mampu memenuhi keperuan semasa di samping meneruskan kesinambungan rangka kerja sedia ada.

Pembentukan pelan perancangan strategik di dalam sesebuah organisasi akan membolehkan sesebuah organisasi ¡tu:

  1. Mengawal dan menggunakan sumber secara efektif atau bericesan supaya dapat melaksanakan tindakan yang sewajarnya dilakukan seperti yang dirancang dan cekap dan melakukan tindakan secara efisien dan segi penggunaan input sesuatu perkhidmatan tanpa adanya pembaziran.
  2. Mengetengahkan dan mempromosikan kelebihan organisasi.
  3. Melonjakkan organisasi ke suatu kedudukan yang lebih baik dalam usaha mencipta nilai ekonomi dan manfaat kepada pelanggannya di dalam pengurusan Taman-taman Negara Johor.

Saya ingin mengucapkan terima kasìh kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan dokumen perancangan strategik ini, terutama AMi Jawatankuasa Induk dan Kerja Pelan Perancangan Strategik PTNJ 2012-2016 yang banyak mencetuskan idea untuk strategi dan taktik pelaksanaan terbaik bagi meningkatkan lagi PTNJ.

Sehubungan dengan itu, saya menyarankan supaya setiap warga kerja PTNJ mengambil tindakan proaktif dalam menjayakan Pelan Perancangan Strategik PTNJ 2012-2016 yang telah disediakan. Warga kerja PTNJ perlu mengamalkan prinsip sayangi alam, belajar sepanjang hayat, bertoleransi, positif, saling mempercayai, menghargai, sinergi dan melaksana pembaharuan din adalah merupakan intipati utama dalam membentuk dan membimbing organisasi yang cemerlang.

Ringkasan Eksekutif

Pada hari ini terdapat banyak model untuk perancangan strategik. Walau bagaimanapun, PTNJ memilih untuk membangunkan pelan perancangan strategik jangka sederhana selama lima (5) tahun. Pada pandangan PTNJ perancangan jangka pendek selama dua tahun adalah terlalu singkat untuk dapat melihat hasilnya sedangkan perancangan jangka panjang selama lo tahun atau lebih akan sukar untuk dicapai dalam situasi akan datang yang tidak menentu.

Pelan strategik ¡ni merupakan dokumen perancangan PTNJ bagi tempoh 2012—2016. Pelan ini menggariskan visi, misi bagi melaksanakan bidang utama iaitu konservasi, penyelidikan, pendidikan, eko pelancongan dan pengurusan cemerlang. Pelan ini berlandaskan lima (5) objektif strategik iaitu:

  1. Mempelbagaikan usaha memulihara dan memelihara kepelbagaian biodiversiti alam Semula jadi.
  2. Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan hasil kajian.
  3. Mempertingkatkan usaha-usaha pendidikan alam untuk kesedaran awam.
  4. Memajukan ekopelancongan ke peringkat antarabangsa
  5. Memantapkan sistem pengurusan yang cemerlang

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat strategi, pelan tindakan, indikator dan sasaran. Seterusnya peta strategik dan mekanisma pelaksanaan turut dimasukkan dalam pelan perancangan ini. Kesemua elemen ini membentuk satu pelan strategik yang lengkap dan mampu diterjemahkan bagi memacu PTNJ menuju hala tuju yang ditetapkan menjelang tahun 2016.